seomanias.greeting4u


Friday 2 December 2011

Pelita Yang Padam..




Pelita Yang Padam..
                                                    aku pasrah dengan kehadiran mu sekadar pelita di jiwaku,
                                                    yang menyinari jalan hidupku,
                                                    yang menyuluhi setiap liku dalam hatiku,
                                                    sehingga membibitkan keinsafan dalam jiwaku..
                           
                                                    begitu hebat kesannya sehingga mematikan setiap sel keegoan,
                                                    meleburkan hati yang sekian lama membatu,
                                                    menyemarakkan semual bara api cinta yang telah lama padam...

                                                    setiap ayat yang kau ucapkan umpama suntikan yang menenangkan,
                                                    bagaikan merawat setiap luka di hati,
                                                    meleraikan setiap simpulan yang tersimpul mati..

                                                    Aku bersyukur, Itulah karunia dariNya untuk ku meski hanya seketika
                                                    meski hanya untuk sementara,
                                                    Aku terpaksa melepaskan mu,
                                                    demi suatu ketenangan...

                                                    Namun lidahku tidak pernah putus berdoa agar kita disatukan semula...
                                                    suatu hari kelak, dengan izin dan restuNya....
                                                    Amin... 


Itulah ungkapannya yang terakhir yang sempat aku membacanya,mesti korang tertanya apa kaitan aku dengan gambar di atas mahupun puisi berkenaan???


Ceritanya bermula,aku mula masuk ataupun join dunia radio kat internet,aku namakan dia Nel anak cina berbangsa iban sabah ni,memang orannya gila2 sikit,happening kalau dekat chat room xder dia memang xmeriah la karpet,dengan gelak lawak dia  aduhaiii minah cina ni,aku hanya sekadar bertegur sapa xla sampai nk ngurat ke apa ke sebab memang aku xkenal dia,cara aku cukup la sekadar aku kenal tegur sesorang tu kat chat room ja,xkn ke sampai luar huhuhuhu….

MInah cina ni awalnya memang aku bengang kuat menyakat gak rupanya,hah kalau nak tau aku pun xpasti sebenarnya dan tak tahu menahu yang dia ni berbangsa cina,sekali awek cina la,yela kalau nk di bandingkan kaum cina ni jarang kalau berchatting kat room ni,tp aku nk kenal dia aku nk Tanya dia,pasal dia ni unik pelik,dia bergaul dengan budak2 melayu malah xkira bangsa memang 1 malaysia la minah ni hahaha!! Respek aku kat dia sebab dia xsombong,aku nak kenal dia…aku nak kenal dia,ada sesuatu yang istimewa kat dia ni hurmmm….??tapi sekadar kat mulut ja la nk kenal lah apalah tp xpenah pun aku nk cakap pape ngan dia,mcm bdk2 chat lain no handphone la apa la alamat umah la,perghhh!!!! Ngalahkan polis semua nak tahu..

Sampailah 1 hari macam kilat menyabung ja,bila si minah cina ni,nk chat dengan aku,aku ok ja xder hal,dia kenal dri dia dengan nama Nel,eleh memanglah nama kau nel da kat chat pun ko letak name ko yang tu hahaha,ketawa dia,tapi aku mcm nak tahu sesuatu dri dia ni,ada gak aku bertanyakan dia xkekok ke bergaul dngan budak2 melayu,lagi pun remaja cina ni jarang2 la jugak nak bergaul dengan budak2 melayu cam kami ni,jawapan dia kitakan 1 malaysia lg pun memang saya suka berkawan xkisah lah melayu ke india ke kita sama sahaja…lagi membuak2 lah aku nak tahu pasal dia ni,sampai la aku dengan dia pergi ke kemudahan yang sedia ada berbual iaitu skype huhuhuhu…jgn jeles eh!!....

Aku Tanya la apa yang penting sangat sampai nak sembang dengan aku ni hakhak…pada mulanya memang la dia malu2 nak menayakan pada aku tp mungkin niat dia ikhlas suci dia teruskan pertanyaan,thu pe dia Tanya aku????? Memang aku agak terkejut tp aku xla mengelabah sangat macam babun kena belacan cool man hehehe…Dia Tanya boleh saya tahu pasal Islam…??pada mulanya memang la aku ni mcm nk menduga dia kenapa bertanyakan pasal islam,sedangkan lebih ramai lagi yang arif pasal agama ni,tp aku Cuma bagitahu apa yang aku tahu saja,aku berceritakan pasal islam pada dia,dan selebihnya aku suruh dia rujuk dekat pejabat agama mungkin Mereka lagi arif pasal ni,aku Tanya dia lagi,Kenapa kamu bertanyakan pasal islam pada saya????sedangkan member2 chat yang lain pun kamu boleh bertanya kan???kenapa saya??? Tergelak dia…bila aku Tanya camtu,dia kata aku ni pelik xmacam orang lain,pelik???pelik ke aku niu trus aku ambik cermin tgk muka aku kot2 la ada cam rupa predator ke xmungkin la hahaha,Pelik??? Sebab dia cakap aku ni xmcm orang lain,bila bertanyakan sesuatu aku akn cuba jawab soalan yang di ajukan ja,orang lain kalau boleh semua nak selidik nak no handphone la apa la…oh camtu rupanya,agak kembang jugak la kuku ibu jari aku dengar dia ckp camtu ahahaha…

Perkenalan aku dengan dia semakin hari semakin akrab,masa  bual kami banyak di habiskan dengan topik2 agama,apa yang dia xfaham aku cuba membantu apa yang terdaya,sampai lah dia terbuat lawak,kononnya dia g mincing udang kat sungai time tu,hah!!! Jangan xcaya minah ni minat mincing memang aku xfaham la minat dia ni pelik2 ngalahkan orang laki,masa dia mancing ketika tu atas perahu la kot xsalah aku la,buaya yang jarak  berapa meter je ngan dia,boleh dia cakap kayu hanyut hahaha aduhai!!!!! Kata dia xpasal2 kena sekeh kepala dengan abg dia buaya beb!!!! Kalau dekat mau di ngap kpala ko ilang minah oi,ketawa aku dengan dia xhenti2….

Sekian lamanya aku mengenal hati budi dia aku kenal siapa dia,barulah terdetik kat hati dia menceritakan 1 pengalaman yang menyayat hati,yang tak dapat aku ceritakan di sini,kerna diri hampir putus harapan xberdaya untuk berdiri atas satu kejadian,dia kemanlangan yang menyebabkan dia koma dalam 2 bulan,dan dari situlah setelah dia sedar dari koma hati dia terdetik untuk Islam,aku berytanyakan pada dia,kenapa time tu baru kamu terdetik untuk islam,dia cakap kerna dia di berikan peluang untuk hidup,dan dia yakin ada 1 kuasa yang melindungi dia dri menhadapi sakaratullmaut,dan aku bertanyakan lagi apa yang menyebabkan kamu memilih islam,kerna selepas kejadian kemanlangan yang hampir meragut nyawa dia,dia di beri peluang untuk menyayangi ibu bapanya,untuk bersama ibu bapa dia ,masyallah….inilah pengalaman pertama aku berhadapan dngan situasi sebegini,Allah Maha Besar,untuk pengetahuan dia memberitahu aku sudah sekian lama dia mengkaji mendalami ilmu islam,aku terkelu terdiam seketika ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa dia,Ya Allah kau berikanlah kekuatan pada Hambamu ini untuk menempuhi situasi sebegini Ya tuhan….

Sampailah masuk bulan OGOS 2011 yakni ketika umat islam,bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Bulan Ramadhan,Dia cuba untuk belajar berpuasa meski pun dia masih belum memeluk islam,aku tahu banyak halangan dia untuk memeluk islam salah 1 faktor melibatkan ahli keluarga,Dia menangis berdoa sepanjang malam kepada tuhan agar di berikannya kekuatan untuk menempuh apa saja dugaan yang dating,Allah Maha Berkuasa Maha Segala Maha di takdirkan,tuhan membuka pintu hati ahli keluarganya untuk menerimanya seadanya untuk memeluk islam dan tanggal dalam 1minggu umat islam nak menyambut Syawal aku di kejutkan dengan dia,DIa sudah Islam,Aku sudah Islam,Aku SYuhada Hidayah Abdullah,aku menitiskan air mata ku,aku dengar suara sebak dia di hujung talian,xlekang dari mulutnya memuji2 Maha Pencipta Langit Dan Bumi,aku memanjatkan syukur Kepada Mu Ya Allah kerna di berikan kekuatan pada aku dan dia untuk menempuh segala ujian yang Kau berikan..
1 syawal inilah kali terakhir aku dapat dengar suara dia dengan tenangnya walaupun aku mengetahui hatinya sakit bagai di hiris,tapi aku yakin berbekalkan ilmu agama islam yang dia pelajari,mudahan Allah S.W.T  lindungi dia dari apa keadaan sekali pun,kemana dia menhilang aku sendri xpasti mahu pun kawan2 yang sentiasa sayangkan dan merindui dia,hanyalah berbekalkan sajak@puisi di atas peninggalan terakhirnya,Kembalilah KAmi semua merindui kamu saudara Islamku….wassalam.
                         


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.