seomanias.greeting4u


Wednesday 28 December 2011

Antara AngkuhMu Kepada Kelip Kelip


Cahayanya sang kelip kelip kadang terang,kadang malap terbang dalam gelapnya malam memikat,indahnya ciptaan tuhan dan setiap matamengekori nur itu,terpesona,kehadirannya mengamit seungkap tasbih"subhanallah" Kau kata apalah ada pada kelip2 cuma cahaya kecil selintas pandangtiada kekal,terbang lalu membawa diri.. kau kata apalah adanya kelip2 cuma cahaya kecil,manusia punya lampu,pelita menerangi sepanjang masa tak tertanding si kecil cahaya itu.. Begitu angkuhnya mu pada si kecil itu ciptaan Ilahi,ketahui satu,memang indah dan kecil cuma namun taktala di kumpul semua mampu menerangi seluiruh buana pasti terang.. Antara angkuhnya mu pada kelip2Nya jaga2 bicaramu... jangan sampai nanti di depan tuhan kau melutut mohon agar di beri kelip2 kerana hatimu sudah terbakar padam dalam sepi manusiawi yang bukat dan kelam tanpa segaris pun cahaya dariNya (Ya Allah ampunlah Hamba Mu yang kadang angkuh dan sombong dalam gerak geri tanpa di sedari)

Sunday 4 December 2011

Muka Buku!!! dahuluNya Status update kat mana???

as salam,hari ni aku ada satu topik nak di bincangkan mengenai status korang kat muka buku,atau lebih sensasi sekali orang panggil facebook,kalau kita lihat pada hari ni kan,terlalu ramai yang update status dorang kat facebook,macam2 cerita kita dapat tengok,soal harian percintaan maki hamun semua ada hahaha,tapi pe aku nak cerita sekarang ni,perbezaan dengan dulu,time fb ni xwujud lagi kat mana korang update status korang agaknya diari ke sms handphone ke atau utus surat email dan sebagainya,sampai ada yang mencipta lagu cinta muka buku wowww!!! terlalu hebat macam pisang panas apa saja yang berkaitan dengan facebook page ni,yelah!!! kalau dulu tuk yang bercinta orang kata apa cukup lah sekadar utus surat,siap wangi lagi surat tu,tak cukup dengan tu siap pulak ada pantun hahahaha,"pecah kaca pecah kolah sudah baca boleh blah",tak cukup dengan surat dunia semakin maju,sampai la ada handphone pesanan ringkas sms lebih cepat taip sent je,trus sampai xgitu,macam tu lah jugak dengan e-mail,dan sampai la ke hari ni,dunia di gegarkan dengan facebook page hah!!! kat sini korang nak add nk kawan add je sepuas hati korang,status kalau dulunya di pendam mungkin melalui tulisan diari@sms je sekarang adanya facebook page ni mcm2 ragam aku dapat tengok,dan xlupa jugak wujudnya jenayah cyber yang berleluasa pembohongan dalam fb ni,sekarang kalau nak bercinta xpayah nak pergi keluar bandar ke pekan ke cari kekasih,cuma search je terus keluar nama awek atau pakwe yang korang nak,tapi ni pesanan aku pada korang semua,pada yang hangat bercinta melalui laman fb ni xpenah tengok muka aku syorkan agar hati2 yelah!!kita xkenal jumpa pun penah macam lagu si najwa latif tu kan "otak kata jangan hati kata ya"kita xpasti kita xkenal cukup lah sekadar kita kenal di dunia internet bukannya realiti,bukan nya xada pasangan yang bahagia sampai kahwin pun ada dengan dunia internet ni cuma sekadar beringat sebelum terkena xgitu,itulah cinta muka buku ok jumpa lagi bye2 as salam kalau jawab sayang xjawab dosa hehehe..see u next time.

Friday 2 December 2011

Pelita Yang Padam..




Pelita Yang Padam..
                                                    aku pasrah dengan kehadiran mu sekadar pelita di jiwaku,
                                                    yang menyinari jalan hidupku,
                                                    yang menyuluhi setiap liku dalam hatiku,
                                                    sehingga membibitkan keinsafan dalam jiwaku..
                           
                                                    begitu hebat kesannya sehingga mematikan setiap sel keegoan,
                                                    meleburkan hati yang sekian lama membatu,
                                                    menyemarakkan semual bara api cinta yang telah lama padam...

                                                    setiap ayat yang kau ucapkan umpama suntikan yang menenangkan,
                                                    bagaikan merawat setiap luka di hati,
                                                    meleraikan setiap simpulan yang tersimpul mati..

                                                    Aku bersyukur, Itulah karunia dariNya untuk ku meski hanya seketika
                                                    meski hanya untuk sementara,
                                                    Aku terpaksa melepaskan mu,
                                                    demi suatu ketenangan...

                                                    Namun lidahku tidak pernah putus berdoa agar kita disatukan semula...
                                                    suatu hari kelak, dengan izin dan restuNya....
                                                    Amin... 


Itulah ungkapannya yang terakhir yang sempat aku membacanya,mesti korang tertanya apa kaitan aku dengan gambar di atas mahupun puisi berkenaan???


Ceritanya bermula,aku mula masuk ataupun join dunia radio kat internet,aku namakan dia Nel anak cina berbangsa iban sabah ni,memang orannya gila2 sikit,happening kalau dekat chat room xder dia memang xmeriah la karpet,dengan gelak lawak dia  aduhaiii minah cina ni,aku hanya sekadar bertegur sapa xla sampai nk ngurat ke apa ke sebab memang aku xkenal dia,cara aku cukup la sekadar aku kenal tegur sesorang tu kat chat room ja,xkn ke sampai luar huhuhuhu….

MInah cina ni awalnya memang aku bengang kuat menyakat gak rupanya,hah kalau nak tau aku pun xpasti sebenarnya dan tak tahu menahu yang dia ni berbangsa cina,sekali awek cina la,yela kalau nk di bandingkan kaum cina ni jarang kalau berchatting kat room ni,tp aku nk kenal dia aku nk Tanya dia,pasal dia ni unik pelik,dia bergaul dengan budak2 melayu malah xkira bangsa memang 1 malaysia la minah ni hahaha!! Respek aku kat dia sebab dia xsombong,aku nak kenal dia…aku nak kenal dia,ada sesuatu yang istimewa kat dia ni hurmmm….??tapi sekadar kat mulut ja la nk kenal lah apalah tp xpenah pun aku nk cakap pape ngan dia,mcm bdk2 chat lain no handphone la apa la alamat umah la,perghhh!!!! Ngalahkan polis semua nak tahu..

Sampailah 1 hari macam kilat menyabung ja,bila si minah cina ni,nk chat dengan aku,aku ok ja xder hal,dia kenal dri dia dengan nama Nel,eleh memanglah nama kau nel da kat chat pun ko letak name ko yang tu hahaha,ketawa dia,tapi aku mcm nak tahu sesuatu dri dia ni,ada gak aku bertanyakan dia xkekok ke bergaul dngan budak2 melayu,lagi pun remaja cina ni jarang2 la jugak nak bergaul dengan budak2 melayu cam kami ni,jawapan dia kitakan 1 malaysia lg pun memang saya suka berkawan xkisah lah melayu ke india ke kita sama sahaja…lagi membuak2 lah aku nak tahu pasal dia ni,sampai la aku dengan dia pergi ke kemudahan yang sedia ada berbual iaitu skype huhuhuhu…jgn jeles eh!!....

Aku Tanya la apa yang penting sangat sampai nak sembang dengan aku ni hakhak…pada mulanya memang la dia malu2 nak menayakan pada aku tp mungkin niat dia ikhlas suci dia teruskan pertanyaan,thu pe dia Tanya aku????? Memang aku agak terkejut tp aku xla mengelabah sangat macam babun kena belacan cool man hehehe…Dia Tanya boleh saya tahu pasal Islam…??pada mulanya memang la aku ni mcm nk menduga dia kenapa bertanyakan pasal islam,sedangkan lebih ramai lagi yang arif pasal agama ni,tp aku Cuma bagitahu apa yang aku tahu saja,aku berceritakan pasal islam pada dia,dan selebihnya aku suruh dia rujuk dekat pejabat agama mungkin Mereka lagi arif pasal ni,aku Tanya dia lagi,Kenapa kamu bertanyakan pasal islam pada saya????sedangkan member2 chat yang lain pun kamu boleh bertanya kan???kenapa saya??? Tergelak dia…bila aku Tanya camtu,dia kata aku ni pelik xmacam orang lain,pelik???pelik ke aku niu trus aku ambik cermin tgk muka aku kot2 la ada cam rupa predator ke xmungkin la hahaha,Pelik??? Sebab dia cakap aku ni xmcm orang lain,bila bertanyakan sesuatu aku akn cuba jawab soalan yang di ajukan ja,orang lain kalau boleh semua nak selidik nak no handphone la apa la…oh camtu rupanya,agak kembang jugak la kuku ibu jari aku dengar dia ckp camtu ahahaha…

Perkenalan aku dengan dia semakin hari semakin akrab,masa  bual kami banyak di habiskan dengan topik2 agama,apa yang dia xfaham aku cuba membantu apa yang terdaya,sampai lah dia terbuat lawak,kononnya dia g mincing udang kat sungai time tu,hah!!! Jangan xcaya minah ni minat mincing memang aku xfaham la minat dia ni pelik2 ngalahkan orang laki,masa dia mancing ketika tu atas perahu la kot xsalah aku la,buaya yang jarak  berapa meter je ngan dia,boleh dia cakap kayu hanyut hahaha aduhai!!!!! Kata dia xpasal2 kena sekeh kepala dengan abg dia buaya beb!!!! Kalau dekat mau di ngap kpala ko ilang minah oi,ketawa aku dengan dia xhenti2….

Sekian lamanya aku mengenal hati budi dia aku kenal siapa dia,barulah terdetik kat hati dia menceritakan 1 pengalaman yang menyayat hati,yang tak dapat aku ceritakan di sini,kerna diri hampir putus harapan xberdaya untuk berdiri atas satu kejadian,dia kemanlangan yang menyebabkan dia koma dalam 2 bulan,dan dari situlah setelah dia sedar dari koma hati dia terdetik untuk Islam,aku berytanyakan pada dia,kenapa time tu baru kamu terdetik untuk islam,dia cakap kerna dia di berikan peluang untuk hidup,dan dia yakin ada 1 kuasa yang melindungi dia dri menhadapi sakaratullmaut,dan aku bertanyakan lagi apa yang menyebabkan kamu memilih islam,kerna selepas kejadian kemanlangan yang hampir meragut nyawa dia,dia di beri peluang untuk menyayangi ibu bapanya,untuk bersama ibu bapa dia ,masyallah….inilah pengalaman pertama aku berhadapan dngan situasi sebegini,Allah Maha Besar,untuk pengetahuan dia memberitahu aku sudah sekian lama dia mengkaji mendalami ilmu islam,aku terkelu terdiam seketika ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa dia,Ya Allah kau berikanlah kekuatan pada Hambamu ini untuk menempuhi situasi sebegini Ya tuhan….

Sampailah masuk bulan OGOS 2011 yakni ketika umat islam,bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Bulan Ramadhan,Dia cuba untuk belajar berpuasa meski pun dia masih belum memeluk islam,aku tahu banyak halangan dia untuk memeluk islam salah 1 faktor melibatkan ahli keluarga,Dia menangis berdoa sepanjang malam kepada tuhan agar di berikannya kekuatan untuk menempuh apa saja dugaan yang dating,Allah Maha Berkuasa Maha Segala Maha di takdirkan,tuhan membuka pintu hati ahli keluarganya untuk menerimanya seadanya untuk memeluk islam dan tanggal dalam 1minggu umat islam nak menyambut Syawal aku di kejutkan dengan dia,DIa sudah Islam,Aku sudah Islam,Aku SYuhada Hidayah Abdullah,aku menitiskan air mata ku,aku dengar suara sebak dia di hujung talian,xlekang dari mulutnya memuji2 Maha Pencipta Langit Dan Bumi,aku memanjatkan syukur Kepada Mu Ya Allah kerna di berikan kekuatan pada aku dan dia untuk menempuh segala ujian yang Kau berikan..
1 syawal inilah kali terakhir aku dapat dengar suara dia dengan tenangnya walaupun aku mengetahui hatinya sakit bagai di hiris,tapi aku yakin berbekalkan ilmu agama islam yang dia pelajari,mudahan Allah S.W.T  lindungi dia dari apa keadaan sekali pun,kemana dia menhilang aku sendri xpasti mahu pun kawan2 yang sentiasa sayangkan dan merindui dia,hanyalah berbekalkan sajak@puisi di atas peninggalan terakhirnya,Kembalilah KAmi semua merindui kamu saudara Islamku….wassalam.
                         


Monday 17 October 2011

SUKAN BERMOTOR (LANGKAWI MOTOR CLUB) HMF

As SAlam pada semua golongan2 remaja yang hebat dan panas masa kini,hari ini aku nk updates sesuatu berkenaan dengan sukan bermotor ni,Hah!!! sebut ja sukan bermotor ni ramai yang mengangap Gejala rempit,lumba haram,hahaha...tapi ni tidak ni berkenaan dengan sukan Drag atau pun lebih di kenali dengan sprint test,sprint test boleh di anggap masih baru lagi dalam dunia bermotor kita di malaysia ni,mungkin negara kita malaysia lewat Berbanding dengan negara Thai seumpamanya yang melebihi 12tahun mendahului kita dalam sukan sprint test ni,di samping tu jugak,mungkin aktiviti seumpama ini boleh membanteras kita dalam gejala tak sihat seperti merempit ni..Ha!!! di sini aku nak berkongsi dengan korang semua berkenaan 1 team di tempat aku ni yang banyak menempa kejayaan di persada Malaysia,iaitu TeaM HMF Langkawi,banyak kejuaraan yang di perolehi sepanjang beberapa tahun menyertai sukan Sprint Test ni jangan xcaya!!!! Sapa kata anak malaysia xmampu cipta nama??mana tahu 1 hari nanti ada anak malaysia yang boleh menjadi mekanik yang berjaya untuk sukan bermotor seperti ini dan harapan aku termasuk lah mana2 Team2 lain yang berada di Malaysia ni,sama2 kita elak kan budaya merempit ni dan jadikan diri korang yang terbaik di masa akan datang,dan jadikan setiap pengalaman korang xkisah la kalah ke menang ke dalam perlumbaan sebagai 1 adat kita bersukan kita perbaiki diri kita dan jangan mudah tuk menunding jari"apalah dorang ni team xbagus la apa la"hah!!!! xnak la macam tu kita bersaing cara sihat baru terbaikkkkk beb!!!! hahahaha xpayah nak berdengki dengan kejayaan orang lain jadikan kekalahan@kemenangan tu salah satu cara korang tuk memperbaiki diri korang dan cari di mana kesilapannya akhir kata dari aku bubyeeee.....a(aku ni xlah pandai sangat bab2 motor ni tp sekadar nk share ngan korang) yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan wassalam...

Tangisan seorang wanita untuk seorang lelaki...

  • Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu, Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi. Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis, Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu. Jika kamu membiarkannya pergi, Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. Selamanya…. Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi. Dia menjadi lemah. Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Hanya jika dia sangat menyayangimu, Tiada lagi rasa egonya, Lelaki,, jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu, Tolong pegang tangannya dengan pengertian Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu. Lelaki,, jika seorang wanita menangis keranamu. Tolong jangan mempersiakannya. Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis di depanmu, Saat dia menangis keranamu, Lihatlah matanya…. Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Fikirkan…. Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang, Di depanmu dan kerana dirimu.. Dia menangis bukan karena dia lemah Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan. Dia menangis, Kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya, Lelaki, Fikirkanlah tentang hal itu. Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu, Dan semuanya kerana dirimu. Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya. Hanya kau yang tahu jawapannya.. Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti Mungkin akan terlambat untuk menyesal,, Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Sunday 16 October 2011

Rintihan Hati

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengan hatiku...Titipkanlah kebahagian antara kami... agar kemesraan itu abadi...Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini...Ketepian yang sejahtera dan abadi...Tetapi ya Allah...Seandainya telah engkau takdirkan...dia bukan miliku...Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku...Dan peliharalah aku dari kekecewaan... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti...Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit...Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta...Gantillah yang telah hilang...Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...Ya Allah ya tuhanku...Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...Adalah yang terbaik buat ku...kerana Engkau maha mengetahui...Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...Di dunia dan di akhirat...Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...Jangan engkau biarkan aku sendirian...Di dunia ini mahupun di akhirat...Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...Ke jalan yang Engkau redhai...dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... Amin.. Ya Rabbal Alamin...
Powered by Blogger.