seomanias.greeting4u


Monday 17 October 2011

SUKAN BERMOTOR (LANGKAWI MOTOR CLUB) HMF

As SAlam pada semua golongan2 remaja yang hebat dan panas masa kini,hari ini aku nk updates sesuatu berkenaan dengan sukan bermotor ni,Hah!!! sebut ja sukan bermotor ni ramai yang mengangap Gejala rempit,lumba haram,hahaha...tapi ni tidak ni berkenaan dengan sukan Drag atau pun lebih di kenali dengan sprint test,sprint test boleh di anggap masih baru lagi dalam dunia bermotor kita di malaysia ni,mungkin negara kita malaysia lewat Berbanding dengan negara Thai seumpamanya yang melebihi 12tahun mendahului kita dalam sukan sprint test ni,di samping tu jugak,mungkin aktiviti seumpama ini boleh membanteras kita dalam gejala tak sihat seperti merempit ni..Ha!!! di sini aku nak berkongsi dengan korang semua berkenaan 1 team di tempat aku ni yang banyak menempa kejayaan di persada Malaysia,iaitu TeaM HMF Langkawi,banyak kejuaraan yang di perolehi sepanjang beberapa tahun menyertai sukan Sprint Test ni jangan xcaya!!!! Sapa kata anak malaysia xmampu cipta nama??mana tahu 1 hari nanti ada anak malaysia yang boleh menjadi mekanik yang berjaya untuk sukan bermotor seperti ini dan harapan aku termasuk lah mana2 Team2 lain yang berada di Malaysia ni,sama2 kita elak kan budaya merempit ni dan jadikan diri korang yang terbaik di masa akan datang,dan jadikan setiap pengalaman korang xkisah la kalah ke menang ke dalam perlumbaan sebagai 1 adat kita bersukan kita perbaiki diri kita dan jangan mudah tuk menunding jari"apalah dorang ni team xbagus la apa la"hah!!!! xnak la macam tu kita bersaing cara sihat baru terbaikkkkk beb!!!! hahahaha xpayah nak berdengki dengan kejayaan orang lain jadikan kekalahan@kemenangan tu salah satu cara korang tuk memperbaiki diri korang dan cari di mana kesilapannya akhir kata dari aku bubyeeee.....a(aku ni xlah pandai sangat bab2 motor ni tp sekadar nk share ngan korang) yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan wassalam...

Tangisan seorang wanita untuk seorang lelaki...

  • Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu, Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi. Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis, Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu. Jika kamu membiarkannya pergi, Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. Selamanya…. Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi. Dia menjadi lemah. Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Hanya jika dia sangat menyayangimu, Tiada lagi rasa egonya, Lelaki,, jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu, Tolong pegang tangannya dengan pengertian Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu. Lelaki,, jika seorang wanita menangis keranamu. Tolong jangan mempersiakannya. Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis di depanmu, Saat dia menangis keranamu, Lihatlah matanya…. Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Fikirkan…. Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang, Di depanmu dan kerana dirimu.. Dia menangis bukan karena dia lemah Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan. Dia menangis, Kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya, Lelaki, Fikirkanlah tentang hal itu. Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu, Dan semuanya kerana dirimu. Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya. Hanya kau yang tahu jawapannya.. Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti Mungkin akan terlambat untuk menyesal,, Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Sunday 16 October 2011

Rintihan Hati

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengan hatiku...Titipkanlah kebahagian antara kami... agar kemesraan itu abadi...Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini...Ketepian yang sejahtera dan abadi...Tetapi ya Allah...Seandainya telah engkau takdirkan...dia bukan miliku...Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku...Dan peliharalah aku dari kekecewaan... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti...Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit...Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta...Gantillah yang telah hilang...Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...Ya Allah ya tuhanku...Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...Adalah yang terbaik buat ku...kerana Engkau maha mengetahui...Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...Di dunia dan di akhirat...Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...Jangan engkau biarkan aku sendirian...Di dunia ini mahupun di akhirat...Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...Ke jalan yang Engkau redhai...dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh... Amin.. Ya Rabbal Alamin...

Sunday 9 October 2011

Ini Cerita AKu!!!!

As salam kepada semua,ini cerita aku yang aku ingin kongsi dengan korang semua,berkenaan apa ek??hahaha...berkenaan perkenalan aku dengan seorang awek nama dia enak di dengar Wan Salmi Fairuzana,panjangkan nama dia,kalau di akad nikah pun berbelit aku nk sebut nama si Wan ni hahaha....INi cerita aku,Pertemuan aku dengan si Dia memang bukan di rancang ataupun telah di rancang memang tak terduga,kesnya camne first skali aku kenal aku jumpa dia masa tu aku ngan member2 aku nak g tengok wayang,pastu adalah datang sorang minah ni tunjuk kan aku seat,sb aku memang tak tahu sangat nk cari2 seat ni lg pun dalam tu gelap ak ak ak...sekali awek cun siut,sempat gak la aku tegur dia,ayat mana2 lelaki,(hye!!!kaklong) wakakaka ntah zaman bila ayat ni,tapi aku tetap maintain pakai,tapi xder respon la..berlagaknya minah ni,tp best senyum dia tu perghhh!!!! cair wa cakap lu...
Hari berlalu 1hari tu,aku pegi shopping complex nak g beli barang,dengan langkah yang sopan aku masuk dalam lift hahaha sopan ke??? tiba2 jeng3x...pintu lift terbuka ada awek masuk beb!!! tapi yang peliknya bila awek tu masuk darah aku naik turun peluh tu xyah cakap la basah baju aku,rupanya awek tu,minah yang aku tegur kat wayang aritu,tapi siut ja kenapa time dia naik lift dengan aku lidah aku kelu xtau nak kata,aku kaku xberani nak tegur dia adessss!!!! kebetulan member aku sorang ni syafiq keje sekali dengan tempat minah tu keje,pe lagi ejas no tepon la beb!!!! malu ah!! aku nak g mintak no fon kat awek tu,garang semacam je aku tengok hahaha!! dan di pendekkan cerita,tiap2 malam aku bergayut n sms dia,best weyyy!!! dengar suara dia lemak merdu bak buluh perindu,kes ni la tak tido malam angau!!! wakakaka...
sampai la genap aku kawan dengan dia 2,3bulan jugak la,baru aku tau dia ni student budak pandai ni,nak di bandingkan dengan aku ni jauh la skali,tapi apa nak di kata orang cakap cinta tu buta,sampailah satu hari tu aku luahkan perasaan cinta suka kat dia alhamdulilah lamaran di terima pinang je belum lagi insyallah sayang sangat kat dia.sebenarnya dia pun suka kat aku wakakaka kira aku tak bertepuk sebelah tangan la,awal tu aku xtau sangat maksud dia,dia kasi lagu kat aku suruh dengar(PERHAPS,PERHAPS,PERHAPS) mesti korang penah dengarkan.
Alhamdulilah masuk ni dah 3tahun lebih hubungan kami berlalu aku kenal dia,pahit manis susah senang aku dan dia harungi bersama2 walaupun banyak tentangan,tak merebahkan semangat aku untuk miliki dia,aku akan buktikan,terima kasih Wan Salmi Fairuzana kerna sudi terima saya dalam keadaan apa sekali pun,hargai sangat apa yang awak buat,maaflah sejak 2bulan yang lalu hubungan kita agak retak sedikit,tapi saya nak awak tau sayang cinta saya tak pernah berubah walau sekali pun,terima kasih pada Kak ANa,Kak ciK kerna benarkan saya berkawan kenal dengan adik akak yang gebu sorang ni.Dan terima kasih syukur sangat kepada Allah s.w.t kerna aku di temukan dengan seorang wanita yang baik baik budi pekertinya taat pada agama,ibu bapa aku panjatkan kesyukuran kehadrat Mu ya Allah.
Aku???aku tetaplah aku Azam yang dulu kini dan selamanya macam mana awak kenal saya dulu,insyallah saya akan tunaikan apa saja janji saya pada mak ayah,keluarga saya dan awak Wan Salmi Fairuzana.sekian...

Friday 7 October 2011

HOME...

Pernah tak kita semua terfikir???Pabila setiap yang berlaku pada diri kita,masalah keluarga,salah laku anak2 di luar semuanya berpunca daripada rumah keadaan sekeliling kita semua di rumah"HOME"ye tempat tinggal kita,tempat di mana dari kita kecil kita membesar kita merasai segala situasi yang ada bermulanya kita disitu(HOME).Ye kadang2 memang kita tak kan terfikir semua tu,tempat tinggal kita ni banyak membawa faktor tak kisah lah kebaikan ke keburukan ke,yang penting kita kaji kita dalami setiap persoalan  yang kita sendiri tak pernah terfikir.Dari rumah juga lah kita akn mula melangkah kaki keluar,kita lalui dunia2 luar,kita rentasi apa jua halangan2 yang bakal menunggu kita di hadapan..apa yang berlaku kita sendiri akan hadapinya,(HOME) susah kita nak kaji sebenarnya perkara macam ni tapi kita sendiri akan hayati semuanya(diri sendiri) susah ke senang ke,adakah bahagia sesuatu keluarga tu????Seribu tahun macam mana pun kita merentasi dunia ni tetap ada masalah kalau tak ada tak normal la tu hahaha!!! jadi kita selami jela permulaan kita dari mana kita membesar dan dari mana kaki kita mula melangkah kebaikan keburukan menanti di depan,kita yang bisa menepisnya harapkan pada kebaikan hindarkan keburukan :) wassalam...

AdakaH beNar???


Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt
merungkai persoalan samada benar atau tidak.
Oleh: Tarmizi Abd Halim
Powered by Blogger.